Pada tahun 2009 yang lalu, aku masih lagi berlajar di sebuah universiti tempatan yang bertempat di Lumut perak, merupakan sebuah universiti yang khusus untuk yang ingin mempelajari ilmu marin. Aku hampir menjejak ke tahun terakhir, sejak dari semester ke3 aku sudah tidka menginap di asrama universiti. Kisah bermula tika aku mula menjejaki sem ke-3. Sedang aku mencari rumah untuk di sewa, aku keletihan lalu berhenti di Billion Manjung, terus aku menuju ke ruangkan makan di sana, sambil aku menjamah, tiba-tiba bahu aku di sentuh oleh dua orang sahabat yang belajar di universiti yang sama tapi belainan kursus.
" Assalamualaikum Am," salam di beri oleh rakan aku, "Walaikumsalam, la rudy,aizat apa cerita hampa dua dok kat billion ni, rudy hang xbalik kelantan ka?? kan cuti semester ni" balas aku. menurut mereka berdua mereka juga tengah mencari rumah untuk di sewa, dan memereka sudah pun dapat rumah yang nak di sewa. " Kami, dah dapat dah rumah sewa dekat area Lumut Port dekat ja dengan universiti kita dalam 10minit dari universiti kalau naik motor". Tanpa berlengah aku pun mencuba nasib " Wah dah jumpa rumah boleh la kot aku dengan amir duduk sama??". Mereka bersetuju untuk menjadikan kami sebagai kawan serumah. Petang tu aku terus call amir yang masih ada di sekitaran manjung tengah mencari rumah sewa. "Amir jom, rumah sewa dah dapat dah, kita duduk dengan Rudy dan Aizat" tanpa berlengah kami berempat terus bergerak ke rumah sewa yang dikatakan, dalam perjalanan aku pandang keliling, terlihat kiri dan kanan laluan tar 2 lorong yang besardan berlopak, melambai-lambai lalang yang setinggi manusia sambil mengikuti arah angin bertiup. Terasa ketenangan yang tak dapat digambarkan kerana laluan yang lengang dan angin yang sepoi-sepoi bahasa, di hiasai dengan latar langit senja, membuatkan aku seperti melayang-layang melayan keindahan alam tika itu, akhirnaya kami sampai ke persimpangan yang mesti dilalui untuk sampai ke rumah sewa tersebut, ini lah satu-ssatunya laluan masuk dan keluar untuk ke taman perumahan teres setingkat. Sebenarnya aku tak sangka ada sebuah taman perumahan di dalam kawasan industri.
Sunyi dan lengang, Sesampai kami di hadapan rumah sewa kami, keadaan di sekililing lengang seperti tidak berpenghuni, Hnaya kedengan suara kami berempat sahaja, Amir bersuara " Macam pekan zombi dah sini". Aku terdiam tidak berkata, kerana perasaan aku ketika itu masih bercampur aduk di antara mahu sewa bersama mereka ataupun tidak. Aku keraskan hati untuk bersama-sama menyewa rumah itu atas sebab sewa yang murah dan rakan serumah yang tidak ramai. Mudah untuk menguruskan rumah nanti. Kami melangkah masuk, Daun pintu utama di tolak ke dalam, dalam rumah bersih dan kosong, rumah hanya di limpahi dengan cahaya jingga senja yang menyelinap masuk dari celahan tingkap di ruang bilik utama dan bilik tengah. Rumah teres 3 bilik dan 1 bilik air, aku berasa puas hati dengan rumah yang kami sewa. Kami membahagikan bilik, aku meletakan barang-barang aku masuk ke bilik utama di ikuti oleh amir, Aizat di bilik belakang dan Rudy di bilik tengah. Aktiviti mencuci rumah terus di lakukan pada masa tu juga, masing2 menyapu dan mengemop lantai. Jam menjengah pukul 8 Malam, kami berempat lapar berkalan yang ada hanyalah mee segera yang kami beli sebelum kami datang ke rumah sewa. " Lapar la wei, jom g makan kedai makan pun tak jauh dari sini" Rudy bersuara. " Kita masak maggie dah la malas dah ni nak keluar dah anjing banyak sini" Aizat membalas. Kami berempat terdiam dengan memikirkan rasa malas dan penat lepas mengemas rumah, " Jom makan luar la penat dah ni kemas rumah, nak masak lagi, pulak tu nanti nak kena basuh periuk belanga" Suara aku dengan nada letih dan malas. Tanpa berlengah kami keluar ke kedai makan yang terdekat yang jaraknya lebih kurang 400meter dari kawasan rumah sewa.
Selesai makan, kami ingin pulang ke rumah, seperti siang tadi aku melihat sekeliling kawasan kilang yang mana siang tadi kelihatan tenang, seperti bertukar menjadi suram dan seram. Kasawan keliling yang hanya di terangi oleh lampu jalan 70watt dan jarak di antara tiang lebih kurang 20meter, dan cahaya dari bulan, Kawasan industri tersebut tak ubah seperti pekan mati. Sunyi, sepi dan kadang-kadang terdengar bunyi nyalakan anjing yang bersahut sahutan. Sesampai kami di simpang untuk masuk kerumah, kami di jemput oleh sekumpulan anjing dalam 3 4 ekor sedang mencari makanan/bermain. Tidak ku sangka anjing yang ku sangka selama ini akan mengejar motor sahaja mengejar kereta kami sambil menyalak ingin menerkam, sesampai sahaja kami di kawasan taman anjing berhenti mengejar dan menyalak. Seperti ada satu halangan yang mengaburi mata mereka.. Hairan itu yang dapat aku ungkapkan didalam benak hati.
Setelah hampir sebulan kami menyewa, bermulalah kisah-kisah yang seram yang mana semakin hari semakin menjadi-jadi gangguan. Seminggu sebelum puasa, lebih kurang minggu ke-3 kami menginap di sana. Malam tu aku dan amir melepak di ruang tamu jam menunjukan jam 11 malam. Keadaan sekeliling sunyi dan hanya bertemankan bunyi cengkerik dan katak, menandakan malam itu akan hujan. Sejuk, dalam rumah terasa sejuk dan menyamakan membuatkan diri aku terasa ingin terlelap.Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu menutup bunyi cengkerik dan katak yang dari tadi bermain di telinga. Bunyinya seperti burung, tapi lebih parau dari burung biasa, bila di fokuskan terdengar seperti suara manusia menjerit tapi dengan nada yang pelik. Bunyi itu melintasai hadapan rumah kami dengan agak laju. terdengar 3 kali bunyi burung tersebut melintasi rumah kami, dari hujung rumah kami ke hujung lorong dan patah kembali sebanyak 3 kali dan bunyinya cukup parau, amir memberitahu aku agar diam dan tidak membuatkan sebarang bunyi. kali ketiga burung itu melintasi depan rumah kami bunyinya seperti berada betul-betul di hadapan pintu rumah dan terus hilang bunyinya dalam sekelip mata, kembali sunyi dan katak dan cengkerik mula bermain kembali di gegendang telinga.
Tindakan amir membigungkan aku, bagi aku yang tidak biasa dengan burung dan bunyinya, aku hanya beranggapan itu mungkin sepisis burung yang hanya pulang malam atau mencari tempat berteduh di kala malam mahu hujan. Tapi, ternyata apa yang aku bayangkan dan fikiran disangkal oleh amir. " Amir bunyi burung apa wei tadi, asal hang minta aku diam, tapi bunyi dia parau noh, burung skit tekak kot" seloroh aku dengan ketawa kecil. " Tu la orang panggil burung wak-wak bangkai, yang mana terbangnya terbalik" jawab amir, menurutnya lagi burung wak-wak bankai ni akan berhenti dan singgah sekirannya dia terdengar bunyi org bersuara atau bertanya megenainya jika sedang dia melintas namanya di sebut atau di soal. Aku terdiam, terkejut dengan cerita amir dan membuatkan aku ingin lebih tahu apa yang dimaksudkan oleh amir dengan burung wak-wak bangkai.
Menurut orang dahulu kala burung wak-wak bangkai ini diberi nama kerana terbangnya pada waktu malam dan yang dimaksudkan degan burung wak-wak bangkai adalah pontianak/langsui yang terbangnya terbalik, rambut akan menjurai kebawah manakala badannya akan ke atas. Penggunaan nama wak-wak bangkai adalah berdasarkan burung wak-wak dan bangkai adalah mayat/ langsuir. Diceritakan amir lagi, dahulu ketika dia dan keluarganya menetap di Negeri Sembilan, dia pernah terdengar bunyi yang sama di luar rumah mereka. Tika itu dia bertanya bunyi burung apakah yang sangat parau dan kuat bunyinya di luar rumah. Tiba-tiba burung itu senyap dan tidak berbunyi, tingkap ruang tamunya tiba-tiba menjadi seperti terbayang dengan susuk gelap tubuh manusia, di celahan tingkap dia dpt melihat seperti kain putih yang semakin menghampiri rumahnya, sebelum sempat 'burung' itu sampai ayahnya membaca ayat-ayat untuk menghalau benda tu dari mendekat,mujur ayahnya pandai berubat dan pernah belajar imu untuk menghindari diri dari di ganggu pekara begini. Selepas ayahnya menghebus kearah tingka tersebut, tiba-tiba sahaja benda itu seperti hilang dan cahaya mula dapat di lihat tidak lagi dilindungi oleh susuk tubuh manusia. Aku tidak mahu mendengar lagi kisahnya yang seram dan meringai bulu tengkuk dan lenganku seperti berada di tempat sejuk dan dingin ketika mendengar kisah dari Amir. Aku tampa berlengah terus memejamkan mata sambil dalam hati membaca doa-doa yang nenek aku ajar.
Selesai Bab1. Nantikan kisah Rumah Sewa Dinding, Lumut Port.
No comments:
Post a Comment