Thursday, 18 August 2016

M&M RUMAH SEWA DINDING, LUMUT PORT (LAST PART)

M&M RUMAH SEWA DINDING, LUMUT PORT (LAST PART)

Kehidupan aku sama seperti beberapa bulan yang lalu, kali ini aku hampir ke penghujung semester, segala buku dan baju ada yangsudah dikemaskan tersusun cantik di hujung kaki tilam. Bulan hadapan mulalah kehidupan aku yang baru, aku bakal berpindah ke rumah yang baru berdekatan dengan bulatan nak ke Teluk Batik, punca aku akan berpindah adalah kerana, Rudy, Aizad, Amir dan Aku tidak akan bersama-sama lagi untuk semester hadapan, atas sebab masing-masing mendapat tempat latihan industri yang berbeza syarikat. Dalam hati aku tercalit rasa gembira dan ada juga rasa sedih yang mengelumat di dalam diri. Aku pasti akan merindukan suasana di sini yang boleh dikatakan telah menjadi satu "Turning Point" dalam hidup aku. Aku mula mengenali erti kehidupan dan aku mula mengenali alam mistik. 

Beberapa bulan yang lepas rumah sewa kami telah menerima satu ahli baru, Pawi namanya. Dia merupakan orang negeri sembilan dan seorang yang 'cool' tidak berkira orangnya baik budi bahasanya. Setiap kali dia pergi memancing dia pasti akan mebawa balik ikan yang besar untuk di jamah satu rumah, selagi tidak ada semua orang selagi tu dia akan minta untuk tunggu. Sifat kekeluargaannya teramat lah tinggi. Cuma sekarang aku tidak tahu kemana dia menghilang.Di teruskan kisah, hari ini kehidupan aku seperti biasa cuma kali ini lebih "relax" kerana aku sudah habis peperiksaan semester ke-5. Jadi aku hanya banyak menghabiskan masa sahaja. Di sebalik dinding rumah aku dapat mendengar anak-anak jiran yang masih lagi kecil berlari-lari ada yang menaiki basikal tiga roda yang bertayarkan plastik bergerak dengan lajunya. Bunyi bising tayar menemani aku tikala aku sedang membelek-belek "Folder" movie yang baru saja aku ambil dari Rudy, aku menoleh kedinding bilik jam menunjukkan hampir pukul 6.30 petang, cahaya jingga mentari senja menyelinap masuk di sebalik kain selimut yang tergantung menutup tingkap bilik, oleh kerana bilik kami di end unit, di mana rumah last sekali tidak ada lebihan tanah seperti rumah "First Unit", Rumah kami betul bersebelahan dengan lorong tepi rumah menurut istilah jurutera Gili-gili 5 kaki yang bertar . Jika di buka tingkap tersebut akan dapat melihat siapa yang berjalan di lorong tersebut. 

Siang terus melabuh, di gantikan dengan cahaya bulan yang terang, sambil di temani bunyi cengkerik dan katak yang sentiasa ada menemani penghuni taman ini. Pada tika itu hanya aku berseorang di rumah, aizat, rudy, pawi dan amir masing-masing keluar dari rumah, Amir pergi ke asrama tidur di sana kerana dia belum lagi habis peperiksaan terdapat 1/2 subjek yang belum habis, Aizat pulang ke kampung sudah hampir seminggu semenjak dia tamat peperiksaan tidak kelihatan lagi kelibatnya di rumah, tapi barangnya masih ada cuma sudah berkurangan kerana separuh darinya telah di bawa pulang, Pawi yang keluar dari siang tadi masih lagi belum pulang entah kemana dia pergi dan Rudy seperti biasa, hidupnya tidak lengkap jika tidak melayari internet untuk sehari, angapan aku mungkin dia pergi ke Restoran Bawah Pokok atau Biriyani, kedai mamak yang satu-satunya menjadi kegemaran dia untuk melayari internet. 

Akibat dari kebosanan, tidak ada apa yang dapat aku lakukan buat masa ini melainkan hanya menonton movie. Tengah aku kusyuk dalam melayari kisah dari movie, tiba-tiba 'DUMM!!!' pintu depan rumah terhentak kuat seperti hendak roboh rumah aku yang tika itu hanya membuka sedikit pintu bilik, aku berasa sangat takut, dengan harapan tidak ada benda-benda pelik yang datang, aku mengitai dari celahan pintu yang terkuak sedikit, lintasan yang laju melintasi dari pintu bilik aku ke belakang, lampu hadapan ketika ini tertutup dan lampu bilik aku pun tertutup oleh kerana nak jimatkan api dan nak mendapat "feel" seperti menonton di panggung. "Ah sudah", aku mengomel dalam hati, tiba-tiba sekali lagi hentakkan yang kuat kelantai "Dum" bunyi seperti benda keras di hentakkan di lantai tapi bunyinya seperti tidak terlalu kuat dan tidak teralu perlahan bunyi hentakan dilantai tu. Seperti orang yang geram tapi menahan dari marah kerana barang di hentaknya mungkin berharga. Aku beranikan diri untuk bergerak kepintu bilik, secara tiba-tiba aku terdengar bebelan berkenaan dengan " Internet". Baru aku sedari yang bergerak tadi hanyalah Rudy yang baru pulang ke rumah selepas seharian keluar, aku terus membuka lampu, dalam hati ku amatlah bersyukur kerana itu bukan lah orang lain, aku bertanya kepada rudy apa yang terjadi, dengan nada yang marah dia membalas " Entah la aku, bengong punya kedai internet lembab nak mampus, pergi Biriyani internet lembab pergi Bawah Pokok pun lembab, bengong punya TM. " Aku tidak mampu berkata apa aku cuma mampu ketawa sahaja kerana, ternyata apa yang aku sangkakan selama sehari ini adalah benar di mana dia mesti akan pergi ke 2 kedai restoran tersebut. Aku bertanya kepada dia " Rudy, hang makan dah ka?? aku lapar ni xnak g makan ke?? " Dia yang sedang sibuk memasang komputer ribanya seraya berkata " Tak nak la aku, aku tak ada selera nak makan ko pergi la makan". Aku bergerak kebilik, malas aku nak meganggu orang dalam unstable mood. 

Kerana aku berasa malas hendak keluar makan di luar selepas aku bersembang dengan Rudy aku terus mencapai dua bungkus maggie dan terus memasak. Selesai semangkuk maggie aku terlentang kekenyangan, mata aku terpandang jam dinding sekali lagi jam sudah menujukkan pukul 12.30 malam, Rudy mula menghilang ke alam lain, bunyi dengkurannya boleh didengari di dalam bilik aku. Kedengaran bunyi kereta pawi masuk ke garaj rumah. Seperti biasa Pawi masuk ke rumah memberi salam terus datang ke bilik aku melepak sekejap sebelum dia beragkat kebiliknya untuk menukar baju dan mandi

Jam 1 pagi aku merasa sangat mengantok,aku seperti terawang awangan di antara alam sedar dan tidak sedar, aku melawan rasa megantuk kerana cerita yang sedang bermain di komputer riba aku amat menarik, dan aku memang akan habiskan cerita yang aku tonton sebelum aku tidur. Tengah melawan mata "DUM!!!! DUM!!" kedengaran bunyi seperti orang jatuh di atas bumbung dua kali bunyinya dan terus senyap aku dalam mengatuk tersentak degan bunyi itu aku terus bergerak keluar, ingin mencari kepastian, Pawi yang belum tidur juga keluar ke halaman rumah untuk melihat apa yang terjadi. Aku terpingga-pingga, di luar tersangat meriah, ada yang bersebang di atas moto, ada yang duduk di kerusi depan rumah, meriah ramai, tapi tak da siapa yang menendahkan aku, seperti masing-masing tidak mendengar apa-apa, bila aku bertanya secara rawak " Abang dengar tak bunyi apa tadi? " tak ada yang membalas, kemudian tiba-tiba selang 5 buah rumah bersuara, "adik bunyi apa tadi dik?? ada orang jatuh ke??" tanya dia, aku dengan pawi berpandangan sesama kami, "Tak tahu la bang bunyi macam benda jatuh tengok atas atap xda apa plak pecah!" Jawab aku kepada abg yang bertanya. Hairannya aku tak dapat melihat manusia yang bertanya cuma aku kendegaran sahaja seperti suara tersebut selang dari 5 buah rumah. Dalam kebingugan aku bertanya Pawii " Pawi aku sebenarnya tak sedap hati ni jom g ambik amir jap", Pawi tanpa berkata banyak terus mengambil kunci kereta dan terus menutup pintu dan pagar rumah.

Mujur Amir belum lagi tidur, kami bertiga bergerak ke lumut, aku menceritakan apa terjadi kepada amir, Pawi pun menceritakan apakah yang terjadi, Amir tercengang dan terus berdiam. Pukul 6 pagi baru kami bergerak pulang. Sesampai di rumah aku beru perasaan yang Rudy masih lagi tidur dari tadi. Aku yang penat terus terlelap. ESoknya aku menceritakan apa yang terjadi dekat semua. Rudy marah kerana kami meninggalkan dia berseorang malam tu. Aku dan Pawi hanya mampu ketawa besar. 

Sekian Kisahnya, sesiapa yang pernah di ganggu seperti tu minta tolong beri penjelasan kepada saya, kerana apa yang saya dapat dari buah mulut orang, katanya, langsuir atau pun pontianak segaja menyakat dengan  cara menjatuhkan badannya ke atap rumah, dia berkedaan seperti baring dan dia akan terus menjatuhkan badanya di dalam keadaan seperti itu. Ada juga yang mengatakan bahawa berkemungkinan ada yang mencuba ilmunya di kala malam bulan megambang, aku tidak menyiakan kata-kata orang tersebut, tapi memang malam tersebut aku melihat kelangit, langit berawan agak gelap tetapi bulan boleh kelihatan dengan jelas megambang penuh, dan awan sekitar bulan sahaja tidak di tutup oleh awan. Wallahualam.

Ini hanyalah penceritaan berdasarkan pengalaman yang mana akusendiri lalui, jika da kekilafan dan silap minta di maafkan yer.

Terima Kasih, sekian kisah Rumah Sewa Dinding, Lumut Port.

Monday, 25 July 2016

M&M RUMAH SEWA DINDING, LUMUT PORT (BAB 2)

M&M RUMAH SEWA DINDING, LUMUT PORT (BAB 2)

Selang beberapa bulan selepas dari kisah 'Wak-wak Bangkai' yang selalu terlintas di fikiran aku. Bunyi burung seperti malam kejadian tidak lagi kedengaran. Hanyalah bunyi salakan anjing yang selalu bermain di telinga. Hari bersilih hari, bulan berganti bulan, kehidupan aku seperti biasa kebanyakan student-student yang menyewa. Hampir bulan ke 5 aku duduk menyewa di kawasan perumahan sekitar lumut port hanya mempunyai 5 lorong dan beberapa buah rumah, kami mendapat berita bahawa rakan sekolej kami ada yang ingin menyewa di dalam kawasan taman kami, hanya berselang satu lorong dari rumah yang kami menyewa sekarang. Usai aku menelifon rakan yang ingin menyewa di hadapan rumah kami. " Halo Apaq, Assalamualaikum, wei dengar cerita hampa nak pindah mai duduk dekat rumah kami, bila nak masuk wei?" tanya aku kepada Apaq jiran baru yang bakal pindah ke taman kami, yang juga merupakan rakan sekelas aku di kolej. " Ha'ah, kitaorg pindah hujung minggu ni, hari ni nak gi tengok rumah sewa" balas Apaq dengan selamba. "Hang, jaga sikit Apaq kawasan ni keras ni." Seloroh aku. Menurut Apaq dia tidak kisah dengan kawasan rumah keras atau apa kerana mereka sangat terdesak memerlukan rumah untuk di sewa bagi semester hadapan, dengan harga yang murah dan dekat dengan universiti, sudah cukup memadai baginya soal keras atau tak itu persoalan lain. 

Seminggu berselang, kebetulan hari bakal jiran aku berpindah masuk, aku pulang ke kampung halaman di Kedah. Kerana aku ada urusan yang perlu di lakukan di kampung sambil melepaskan rindu yang mendalam terhadap keluarga ku di kampung, dengan kehadiran adik kecil ku yang mencuit hati, membuatkan rindu aku ke kampung membuak2. Sepulangnya aku ke Rumah Sewa, dalam jam 8malam aku mendapat kunjungan dari jiran baru aku, jiran baru yang berpindah di lorong hadapan rumah kami tidak la ku tahu siapa hanya aku tahu salah seorang jiran aku adalah Apaq sahaja. Apaq melangkah masuk ke dalam rumah sambil di ikuti oleh rakan-rakan serumahnya yang lain. Tidak ku sangka rupanya jiran yang berpindah di lorong hadapan rumah merupakan rakan2 aku satu kelas, Apaq, Sharil, Samsuddin, Huzaini dan Kamarul. Amir menyiapkan teh o dan keropok ikan goreng yang di bawa pulang dari Sedili. Berborak panjang kami malam itu, dengan secara tidak sengaja kami termasuk kisah seram yang tejadi pada rumah sewa kami masa awal-awal masuk dahulu. Semua terdiam dan terpaku, kemudian apaq bersuara " sebenarnya hari tu masa kami mengemas rumah baru tu kami ada juga jumpa benda-benda yang pelik". Sambung Apaq mengenai ceritanya, menrurut tuan mempunya rumah, dahulunya rumah yang mereka sewa sekarang ni, penyewannya asal dari indonesia. Jadi selepas habis kontrak bekerja disini penyewa lama dah pindah balik ke indonesia dan sejak tu dalam 2 bulan tidak ada penyewa yang menyewa rumah tersebut dan sejak itu tuan rumah tidak datang menjeguk rumahnya sehingga Apaq dan rakan-rakannya menyewa rumah dia. 

Cerita Apaq tak terbehenti di situ, dia melangsungkan ceritanya, Ketika mereka masuk kerumah tu keadaan rumah agak bersepah dan tingkap belakang yang pecah tidak berganti. Daun pintu belakang pecah seperti di tumbuk2 dan terajang oleh seseorang. Ruang tamu, bilik utama dan bilik tengah agak bersih tidak ada kesan2 pintu pecah mahu pun tingkap yang pecah tidak sama seperti bilik belakang. Mereka menyewa juga rumah tersebut kerana sewa untuk rumah agak murah dan dekat dengan universiti. Selesai membayar deposit dan tuan rumah pun beredar mereka mula membersihkan rumah. Kelengkapan membersih rumah seperti peyapu, mop dan berus semua di pinjam di rumah kami. Lantai di simbahi air dan sabun mula di curah. Tugas-tugas di bahagikan sama rata tiada siapa pun yang tidak berkerja dalam usaha untuk membersihkan rumah tersebut. Ada yang mengemop lantai ada yang menyetal lantai dan dinding yang kotor, ada yang megelap kipas dan sebagainya.  

Apaq tengah mencuci tingkap sambil mendengar lagu kegemaran yang berkumandang di segenap ruang rumah. Tingkap rumah boleh di katakan seperti tingkap rumah awal tahun 90-an yang mana di kenali sebagai tingkap'nako'. Design bagi tingkap nako ni di kawasan atas akan ada satu ruangan angin yang berfungsi untuk pengudaraan dan aliran angin akan keluar masuk melalui lubang angin yang besarnya lebih kurang sejengkal jari dewasa. Selalunya lubang angin ni akan di letakkan'mosquito netting' untuk mengelakkan serangga-serangga masuk kedalam rumah. Tiba-tiba apaq terperasan di penjuru ruang angin terdapat satu botol 'coca-cola' yang berisi air, dan keadaan air tu tersangat pekat dan gelap,di sebelah botol tersebut terdapat satu paku panjang berukuran sejenkal yang terbaring dan diletakkan selari dengan botol, Apaq yang kehairanan mula pegang dan merurunkan kedua-dua barang tersebut. 

Apaq berhenti sejenak dari bercerita dan meneguk air tea o yang mula sejuk. Shaabt serumah yang lain mengiyakan apa yang diceritakan oleh apaq tadi. Selepas memakan sekeping keropok ikan, apaq meneruskan ceritanya lagi. Ketika dia membawa keluar dua barang tersebut, dia meletakkan di atas pembahagi jalan sambil dia membelik botol air yang mengadungi cecair pekat yang berada didalam. " Nak buka ke tak ni wei?" Apaq bertanya kepada rakan serumah. Ada yang anguk ada yang geleng tanda meniyakan dan tidak bersetuju Apaq membuka bekas tersebut. Oleh kerana hati yang mebuak-buak ingin tahu, dia pun membuka bekas air coca cola yang dia jumpa, " MasyaAllah bau dia tegik gila wei, busuk" kata apa sejurus selepas dia membuka peutup botol coca cola tersebut. "Busuk wei buang benda tu aku nak muntah" jerit sudin sambil menutup hidungnya. Apaq perlahan-lahan menuang cecair pekat dan busuk ke dalam longkang air hitam pekat xubah seperti darah. Di penghujung terkeluar segumpal rambut yang terikat berada di dalam cecair tersebut. Semua terkejut dengan penemuan mereka. Semua terdiam dan saling berpandang sesama sendiri sambil ada yang beriftifar panjang. Paku yang panjangnya sejengkal, yang sudah berkarat di baling sejauh mungkin dari kawasan rumah mereka. 

Penceritaan Apaq tentang barang yang di jumpanya membuatkan aku rasa xsenang duduk dan rasa tidak selesa, kerana aku teringat akan malam mula-mula kami duduk di rumah, dengan di ganggu oleh bunyi seperti burung tapi parau bunyinya dan terkadang kami terdengar seperti orang bermain guli dan lesung batu terjatuh membuatkan aku terfikir, ada mungkin benda itu berkeliaran kerana tuannya sudah melepaskan dia atau pun sebaliknya. Jam sudah menunjukan jam 11 malam, Apaq dan rakan serumahnya meminta izin untuk pulang kerumah mereka. Selepas bersalaman, aku bertanya kepada amir, apa pendapat dia tentang barang yang mereka jumpa. Aku bertanya kepadanya kerana dia sudah biasa dengan ilmu dan perkara-perkara mistik. Pada pandagan dia berkemungkinan barang yang dia jumpa dalah milik penyewa lama yang memuja jin/langsuir untuk menjaga rumh mereka dari di ceroboh. Dan apabila penyewa lama ingin pulang ke kampungnya di indonesia, dia telah mematikan ilmu tersebut dan melepaskan benda tersebut dan tidak lagi menjaga, berkemungkinan langsuir tersebut masih lagi kedengaran dan tidak mustahil malam yang kami dengar bunyi burung terbang terbalik tersebut adalah belaan yang telah di lepaskan oleh tuan rumah tersebut. Allahualam.

Selesai Bab 2, Nantikan Bab seterusnya.

* Cerita ini hanyalah untuk hiburan jangan di amalkan apa2 ilmu atau ajaran yang diceritakan.

Wednesday, 13 July 2016

M&M RUMAH SEWA DINDING, LUMUT PORT

M&M RUMAH SEWA DINDING, LUMUT PORT

Pada tahun 2009 yang lalu, aku masih lagi berlajar di sebuah universiti tempatan yang bertempat di Lumut perak, merupakan sebuah universiti yang khusus untuk yang ingin mempelajari ilmu marin. Aku hampir menjejak ke tahun terakhir, sejak dari semester ke3 aku sudah tidka menginap di asrama universiti. Kisah bermula tika aku mula menjejaki sem ke-3. Sedang aku mencari rumah untuk di sewa, aku keletihan lalu berhenti di Billion Manjung, terus aku menuju ke ruangkan makan di sana, sambil aku menjamah, tiba-tiba bahu aku di sentuh oleh dua orang sahabat yang belajar di universiti yang sama tapi belainan kursus. 

" Assalamualaikum Am," salam di beri oleh rakan aku, "Walaikumsalam, la rudy,aizat apa cerita hampa dua dok kat billion ni, rudy hang xbalik kelantan ka?? kan cuti semester ni" balas aku. menurut mereka berdua mereka juga tengah mencari rumah untuk di sewa, dan memereka sudah pun dapat rumah yang nak di sewa. " Kami, dah dapat dah rumah sewa dekat area Lumut Port dekat ja dengan universiti kita dalam 10minit dari universiti kalau naik motor". Tanpa berlengah aku pun mencuba nasib " Wah dah jumpa rumah boleh la kot aku dengan amir duduk sama??". Mereka bersetuju untuk menjadikan kami sebagai kawan serumah. Petang tu aku terus call amir yang masih ada di sekitaran manjung tengah mencari rumah sewa. "Amir jom, rumah sewa dah dapat dah, kita duduk dengan Rudy dan Aizat" tanpa berlengah kami berempat terus bergerak ke rumah sewa yang dikatakan, dalam perjalanan aku pandang keliling, terlihat kiri dan kanan laluan tar 2 lorong yang besardan berlopak, melambai-lambai lalang yang setinggi manusia sambil mengikuti arah angin bertiup. Terasa ketenangan yang tak dapat digambarkan kerana laluan yang lengang dan angin yang sepoi-sepoi bahasa, di hiasai dengan latar langit senja, membuatkan aku seperti melayang-layang melayan keindahan alam tika itu, akhirnaya kami sampai ke persimpangan yang mesti dilalui untuk sampai ke rumah sewa tersebut, ini lah satu-ssatunya laluan masuk dan keluar untuk ke taman perumahan teres setingkat. Sebenarnya aku tak sangka ada sebuah taman perumahan di dalam kawasan industri. 

Sunyi dan lengang, Sesampai kami di hadapan rumah sewa kami, keadaan di sekililing lengang seperti tidak berpenghuni, Hnaya kedengan suara kami berempat sahaja, Amir bersuara " Macam pekan zombi dah sini". Aku terdiam tidak berkata, kerana perasaan aku ketika itu masih bercampur aduk di antara mahu sewa bersama mereka ataupun tidak. Aku keraskan hati untuk bersama-sama menyewa rumah itu atas sebab sewa yang murah dan rakan serumah yang tidak ramai. Mudah untuk menguruskan rumah nanti. Kami melangkah masuk, Daun pintu utama di tolak ke dalam, dalam rumah bersih dan kosong, rumah hanya di limpahi dengan cahaya jingga senja yang menyelinap masuk dari celahan tingkap di ruang bilik utama dan bilik tengah. Rumah teres 3 bilik dan 1 bilik air, aku berasa puas hati dengan rumah yang kami sewa. Kami membahagikan bilik, aku meletakan barang-barang aku masuk ke bilik utama di ikuti oleh amir, Aizat di bilik belakang dan Rudy di bilik tengah. Aktiviti mencuci rumah terus di lakukan pada masa tu juga, masing2 menyapu dan mengemop lantai.  Jam menjengah pukul 8 Malam, kami berempat lapar berkalan yang ada hanyalah mee segera yang kami beli sebelum kami datang ke rumah sewa. " Lapar la wei, jom g makan kedai makan pun tak jauh dari sini" Rudy bersuara. " Kita masak maggie dah la malas dah ni nak keluar dah anjing banyak sini" Aizat membalas. Kami berempat terdiam dengan memikirkan rasa malas dan penat lepas mengemas rumah, " Jom makan luar la penat dah ni kemas rumah, nak masak lagi, pulak tu nanti nak kena basuh periuk belanga" Suara aku dengan nada letih dan malas. Tanpa berlengah kami keluar ke kedai makan yang terdekat yang jaraknya lebih kurang 400meter dari kawasan rumah sewa. 

Selesai makan, kami ingin pulang ke rumah, seperti siang tadi aku melihat sekeliling kawasan kilang yang mana siang tadi kelihatan tenang, seperti bertukar menjadi suram dan seram. Kasawan keliling yang hanya di terangi oleh lampu jalan 70watt dan jarak di antara tiang lebih kurang 20meter, dan cahaya dari bulan, Kawasan industri tersebut tak ubah seperti pekan mati. Sunyi, sepi dan kadang-kadang terdengar bunyi nyalakan anjing yang bersahut sahutan. Sesampai kami di simpang untuk masuk kerumah, kami di jemput oleh sekumpulan anjing dalam 3 4 ekor sedang mencari makanan/bermain. Tidak ku sangka anjing yang ku sangka selama ini akan mengejar motor sahaja mengejar kereta kami sambil menyalak ingin menerkam, sesampai sahaja kami di kawasan taman anjing berhenti mengejar dan menyalak. Seperti ada satu halangan yang mengaburi mata mereka.. Hairan itu yang dapat aku ungkapkan didalam benak hati.

Setelah hampir sebulan kami menyewa, bermulalah kisah-kisah yang seram yang mana semakin hari semakin menjadi-jadi gangguan. Seminggu sebelum puasa, lebih kurang minggu ke-3 kami menginap di sana. Malam tu aku dan amir melepak di ruang tamu jam menunjukan jam 11 malam. Keadaan sekeliling sunyi dan hanya bertemankan bunyi cengkerik dan katak, menandakan malam itu akan hujan. Sejuk, dalam rumah terasa sejuk dan menyamakan membuatkan diri aku terasa ingin terlelap.Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu menutup bunyi cengkerik dan katak yang dari tadi bermain di telinga. Bunyinya seperti burung, tapi lebih parau dari burung biasa, bila di fokuskan terdengar seperti suara manusia menjerit tapi dengan nada yang pelik. Bunyi itu melintasai hadapan rumah kami dengan agak laju. terdengar 3 kali bunyi burung tersebut melintasi rumah kami, dari hujung rumah kami ke hujung lorong dan patah kembali sebanyak 3 kali dan bunyinya cukup parau, amir memberitahu aku agar diam dan tidak membuatkan sebarang bunyi. kali ketiga burung itu melintasi depan rumah kami bunyinya seperti berada betul-betul di hadapan pintu rumah dan terus hilang bunyinya dalam sekelip mata, kembali sunyi dan katak dan cengkerik mula bermain kembali di gegendang telinga.

Tindakan amir membigungkan aku, bagi aku yang tidak biasa dengan burung dan bunyinya, aku hanya beranggapan itu mungkin sepisis burung yang hanya pulang malam atau mencari tempat berteduh di kala malam mahu hujan. Tapi, ternyata apa yang aku bayangkan dan fikiran disangkal oleh amir. " Amir bunyi burung apa wei tadi, asal hang minta aku diam, tapi bunyi dia parau noh, burung skit tekak kot" seloroh aku dengan ketawa kecil. " Tu la orang panggil burung wak-wak bangkai, yang mana terbangnya terbalik" jawab amir, menurutnya lagi burung wak-wak bankai ni akan berhenti dan singgah sekirannya dia terdengar bunyi org bersuara atau bertanya megenainya jika sedang dia melintas namanya di sebut atau di soal. Aku terdiam, terkejut dengan cerita amir dan membuatkan aku ingin lebih tahu apa yang dimaksudkan oleh amir dengan burung wak-wak bangkai. 

Menurut orang dahulu kala burung wak-wak bangkai ini diberi nama kerana terbangnya pada waktu malam dan yang dimaksudkan degan burung wak-wak bangkai adalah pontianak/langsui yang terbangnya terbalik, rambut akan menjurai kebawah manakala badannya akan ke atas. Penggunaan nama wak-wak bangkai adalah berdasarkan burung wak-wak dan bangkai adalah mayat/ langsuir. Diceritakan amir lagi, dahulu ketika dia dan keluarganya menetap di Negeri Sembilan, dia pernah terdengar bunyi yang sama di luar rumah mereka. Tika itu dia bertanya bunyi burung apakah yang sangat parau dan kuat bunyinya di luar rumah. Tiba-tiba burung itu senyap dan tidak berbunyi, tingkap ruang tamunya tiba-tiba menjadi seperti terbayang dengan susuk gelap tubuh manusia, di celahan tingkap dia dpt melihat seperti kain putih yang semakin menghampiri rumahnya, sebelum sempat 'burung' itu sampai ayahnya membaca ayat-ayat untuk menghalau benda tu dari mendekat,mujur ayahnya pandai berubat dan pernah belajar imu untuk menghindari diri dari di ganggu pekara begini. Selepas ayahnya menghebus kearah tingka tersebut, tiba-tiba sahaja benda itu seperti hilang dan cahaya mula dapat di lihat tidak lagi dilindungi oleh susuk tubuh manusia. Aku tidak mahu mendengar lagi kisahnya yang seram dan meringai bulu tengkuk dan lenganku seperti berada di tempat sejuk dan dingin ketika mendengar kisah dari Amir. Aku tampa berlengah terus memejamkan mata sambil dalam hati membaca doa-doa yang nenek aku ajar. 

Selesai Bab1. Nantikan kisah Rumah Sewa Dinding, Lumut Port.

Monday, 4 July 2016

M&M : GUNUNG INAS (Kisah Seram)


Pada tahun 2008, Ketika aku masih menetap di Pengakalan Hulu, Perak. Terjadi Pelbagai peristiwa-peristiwa yang membuatkan aku mula berjinak dengan Paranormal, dan Alhamdulillah aku berjaya menubuhkan satu group paranormal yang di beri nama Pencari Entiti Crew bersama2 dengan 2 org lagi sahabat lama dari teman sekolej dahulu sehingga la sekarang masih lagi bersama2 menaikkan Pencari Entiti Crew (PEC). 3 Tahun PEC beroperasi dalam merungkai misteri-misteri dan kisah-kisah seram setempat yang mana dengan niat yang satu iaitu "Ingin memberikan kesemua pihak merasa dan mengalami satu pergalaman yang tidak dapat di ungkap dengan kata-kata" juga pada masa yang sama kita dapat meneroka dan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Kini Pencari Entiti Crew yang di anggotai oleh 20 orang angota dan terbahagi kepada 2 daerah (Northern dan Central). Sila lawati link ini untuk info lebih lanjut https://www.facebook.com/MaknakkakiCeritaMisteri 

Pada tahun tersebut, aku masih menetap di pengkalan hulu bersama-sama dengan mak ayah dan adik beradik kerana ayah telah berpindah ke sana atas dasar tugas. Tahun ini bukan lah tahun permulaan aku di ganggu oleh " Perkara Ghaib" sejak dari kecil lagi aku sudah mengalami perkara- perkara sedemikian. Pada tika itu aku baru menjangkau umur awal 20-an aku berkerja sebagai production crew bagi sebuah company yang beroperasi di Baling. Kakak aku pula bekerja sebagai penjual tiket bus di pekan baling yang di miliki oleh satu company yang sama. Setiap hari aku dan akak aku akan merentasi 2 puncak gunung untuk sampai ke pekan baling, highway tersebut di kenali sebagai Gunung Inas, perjalanan dari pengkalan hulu ke baling dalam 30minit perjalanan.

Penceritaan bermula tika pada suatu hari, kehidupan seperti biasa setiap hari kami akan melintasi Gunung Inas tersebut yang sekarang hanya banyak di gunakan oleh Lori-Lori untuk ke grik. Kali ini agak hardcore sikit aku bekerja lebih masa kerana ingin menyelesaikan satu dua perkara sebelum aku pulang ke rumah. selalunya pukul 7 ptg kami sudah pulang ke rumah. Kali ni aku usai siapkan kerja editing aku dekat rumah 'tokei', tampa aku sedar jam dinding menunjukan jam 10 malam, itu pun di tegur oleh akak aku kerana dia sudah mengantuk dan dia menunggu aku membuat editing dari jam 7.  " Sekejap kak sikit ja lagi ni bagi siap satu slot ni ja pastu kita balik", kata aku kepada kakak, aku cuba menyelesaikan satu slot dalam duration 5saat, tika itu aku masih lagi baru berjinak2 dalam editing. Jarum panjang jam berganjak dari 12 ke 6, aku toleh kedinding terlihat jam telah menunjukan 10.30. Dengan terfikirkan perjalanan yang agak jauh dan agak gelap aku memberhentikan editing yang sedang aku buat tadi. " Kak Jom balik" sambil anak mata aku terlihat akak aku sudah terlena di sofa panjang. Selesai bersalaman dengan CIKGU AT (owner company) aku pun mula hidupkan moto wave 100 biru yang berplat Terengganu.

Bermulanya perjalanan yang menyeramkan, malam itu agak pelik sedikit suasananya cahaya bulan agak muram dan sejuk, perjalanan dari rumah cikgu ke jalan besar agak gelap kerana kawasan taman tersebut berada agak jauh kedalam dari jalan besar. Jalan hanya di curahi dengan lampu motor yang agak malap, aku bergerak dengan hati-hati. Seperti biasa motor bergerak 70km/j. Sesampai di pekan Baling suasana sunyi sepi, pintu-pintu kedai tertutup rapat hanya di temani dengan cahaya lampu jalan. Kenderaan kiri kanan tidak terlihat sesekali terlintas sebiji kereta. tidak telihat langsung kelibat motorsikal yang melalui jalan kami malam tu. Selepas 10minit perjalanan, kami sampai di kaki Gunung Inas di sini lah bermula segala perkara mistik dan membuat aku tertanya-tanya sehingga sekarang. Mulai tayar motor menjejak kawasan yang berbukit tersebut motor seperti biasa, aku mendaki dengan kelajuan 60km/j-70km/j. kami perlu mendaki dua bukit sebelum kami sampai ke pekan Pengkalan Hulu, bukit pertama tampa sebarang masalah kami mendaki dan turun dengan laju sehingga aku sampai kekaki bukit ke-2 di mana terdapat satu RNR usang tinggal yang tidak lagi digunakan. Kawasan tersebut di tumbuhi rumput lalang.

Motor mulai perlahan dan berat, sehingga aku terpaksa memulas throttle motor aku sehingga sehabisnya, apa yang membuatkan aku hairan ketika itu, kami baru saja turun bukit pertama seperti kebiasan motor tidak akan mempunyai masalah dan akan lebih ringan membuatkan aku mudah untuk mendaki bukit ke-2, tapi malam itu lain jadinya, lajak yang aku kumpul dari turun bukit petama seperti hilang, aku berusaha dalam memaksa motor aku naik seperti biasa, tapi malam tu motor kami seprti ingin turun kembali ke belakang sehingga aku terpaksa pulas minyak sambil kaki ku menolak lantai jalanraya supaya aku dpt terus mendaki.
Beratnya bukan kepalang. Rupanya itu adalah pertanda pertama yang ingin 'dia' bagi tahu akan kehadirannya, tika itu akak aku hanya memandang ke sebelah kanan memandang jalan sebelah, dia xberani pandang ke sebelah kiri kerana kiri kalau di pandang akan terus nampak permandagan gaung, dan bila malam kawasan itu akan jadi lebih menyeramkan. Tiba-tiba akak aku menarik baju belakang aku kedua dua belah dan menekup mukanya seperti ketakutan. Aku terpusing kebelakang dan bertanya " akak, hang pasai pa ni", belum sempat dia berkata aku menoleh kehadapan, bila aku pusing kehadapan aku terkejut darah aku berderau, tiba2 satu kelibat hitam pekat melintasi hadapan aku seperti terapung tapi pergerakannya agak pantas melintasi depan motor aku dan terus ke gaung, lembaga hitam itu betul2 berada di hujung kepala lampu motor hanya nampak samar2. masa terjadi jarak aku dengan RNR tinggal hanyalah dalam 5meter (15kaki) dari tempat aku berada sekarang. Sesampai aku di RNR tersebut, secara tiba2 motor aku jadi ringan seperti biasa. Perjalanan seperti biasa, tapi kali ni mulut sahaja terkumat kamit membaca surah2 yang aku ingat dan jantung berdebar2 hanya tuhan sahaja yang tahu. akak aku terdiam dan masih menutup muka sehingga aku sampai ke sign board (SELAMAT DATANG KE PENGKALAN HULU) aku suruh dia lepaskan baju aku dan aku tnaya dia, nampak tak apa aku nampak, " Balik rumah dulu nanti kita cakap" sambil suaranya cukup perlahan dan dalam ketakutan dia menjawab. Sesampai di rumah aku dan kak mula angkat barang terus masuk dalam rumah. Keesokkannya aku dan akak demam tidak berkerja selama 2 hari, selepas 2 hari baru akak aku bercerita katanya, apa yang dia terlihat sebelum dia melintas depan motor, dia ternampak seperti sesusuk tubuh hitam pekat di kanan bahu jalan seperti memandang kami, oleh kerana itu dia menarik baju aku dan menekap muka di badan aku. Sejak dari itu aku akan balik sebelum pukul 7 yang mana masih ramai lagi manusia berlalu lalang di kawasan highway Gunung Inas.

Menurut kisah setempat, RNR tinggal tersebut telah lama tidak di gunakan dan kawasan gunung inas banyak meragut nyawa, sama ada atas kecuaian sendiri mahu pun di ganggu oleh makhluk2 lain. Orang kampung sekitar tidak berani untuk melintasi kawasan gunung inas tersebut sekiranya tidak ada hal-hal yang penting, kerana mereka sudah 'masak' dengan kejadian2 aneh yang berlaku di atas highway baling grik tersebut, dan sekarang laluan itu teramat jarang di gunakan oleh kenderaan yang dari utara tanah air hendak ke pantai timur. Kerana highway baru di Kupang lebih selamat dan cerah berbanding higway grik.
Sekian, terima kasih
I.Helmi
(Cerita ini pernah disiarkan dalam blog aku yang terdahulu yang telah di sabotaj oleh seseorang pada tahun tahun 2012. Maknakkaki.blogspot.com)