Thursday, 18 August 2016

M&M RUMAH SEWA DINDING, LUMUT PORT (LAST PART)

M&M RUMAH SEWA DINDING, LUMUT PORT (LAST PART)

Kehidupan aku sama seperti beberapa bulan yang lalu, kali ini aku hampir ke penghujung semester, segala buku dan baju ada yangsudah dikemaskan tersusun cantik di hujung kaki tilam. Bulan hadapan mulalah kehidupan aku yang baru, aku bakal berpindah ke rumah yang baru berdekatan dengan bulatan nak ke Teluk Batik, punca aku akan berpindah adalah kerana, Rudy, Aizad, Amir dan Aku tidak akan bersama-sama lagi untuk semester hadapan, atas sebab masing-masing mendapat tempat latihan industri yang berbeza syarikat. Dalam hati aku tercalit rasa gembira dan ada juga rasa sedih yang mengelumat di dalam diri. Aku pasti akan merindukan suasana di sini yang boleh dikatakan telah menjadi satu "Turning Point" dalam hidup aku. Aku mula mengenali erti kehidupan dan aku mula mengenali alam mistik. 

Beberapa bulan yang lepas rumah sewa kami telah menerima satu ahli baru, Pawi namanya. Dia merupakan orang negeri sembilan dan seorang yang 'cool' tidak berkira orangnya baik budi bahasanya. Setiap kali dia pergi memancing dia pasti akan mebawa balik ikan yang besar untuk di jamah satu rumah, selagi tidak ada semua orang selagi tu dia akan minta untuk tunggu. Sifat kekeluargaannya teramat lah tinggi. Cuma sekarang aku tidak tahu kemana dia menghilang.Di teruskan kisah, hari ini kehidupan aku seperti biasa cuma kali ini lebih "relax" kerana aku sudah habis peperiksaan semester ke-5. Jadi aku hanya banyak menghabiskan masa sahaja. Di sebalik dinding rumah aku dapat mendengar anak-anak jiran yang masih lagi kecil berlari-lari ada yang menaiki basikal tiga roda yang bertayarkan plastik bergerak dengan lajunya. Bunyi bising tayar menemani aku tikala aku sedang membelek-belek "Folder" movie yang baru saja aku ambil dari Rudy, aku menoleh kedinding bilik jam menunjukkan hampir pukul 6.30 petang, cahaya jingga mentari senja menyelinap masuk di sebalik kain selimut yang tergantung menutup tingkap bilik, oleh kerana bilik kami di end unit, di mana rumah last sekali tidak ada lebihan tanah seperti rumah "First Unit", Rumah kami betul bersebelahan dengan lorong tepi rumah menurut istilah jurutera Gili-gili 5 kaki yang bertar . Jika di buka tingkap tersebut akan dapat melihat siapa yang berjalan di lorong tersebut. 

Siang terus melabuh, di gantikan dengan cahaya bulan yang terang, sambil di temani bunyi cengkerik dan katak yang sentiasa ada menemani penghuni taman ini. Pada tika itu hanya aku berseorang di rumah, aizat, rudy, pawi dan amir masing-masing keluar dari rumah, Amir pergi ke asrama tidur di sana kerana dia belum lagi habis peperiksaan terdapat 1/2 subjek yang belum habis, Aizat pulang ke kampung sudah hampir seminggu semenjak dia tamat peperiksaan tidak kelihatan lagi kelibatnya di rumah, tapi barangnya masih ada cuma sudah berkurangan kerana separuh darinya telah di bawa pulang, Pawi yang keluar dari siang tadi masih lagi belum pulang entah kemana dia pergi dan Rudy seperti biasa, hidupnya tidak lengkap jika tidak melayari internet untuk sehari, angapan aku mungkin dia pergi ke Restoran Bawah Pokok atau Biriyani, kedai mamak yang satu-satunya menjadi kegemaran dia untuk melayari internet. 

Akibat dari kebosanan, tidak ada apa yang dapat aku lakukan buat masa ini melainkan hanya menonton movie. Tengah aku kusyuk dalam melayari kisah dari movie, tiba-tiba 'DUMM!!!' pintu depan rumah terhentak kuat seperti hendak roboh rumah aku yang tika itu hanya membuka sedikit pintu bilik, aku berasa sangat takut, dengan harapan tidak ada benda-benda pelik yang datang, aku mengitai dari celahan pintu yang terkuak sedikit, lintasan yang laju melintasi dari pintu bilik aku ke belakang, lampu hadapan ketika ini tertutup dan lampu bilik aku pun tertutup oleh kerana nak jimatkan api dan nak mendapat "feel" seperti menonton di panggung. "Ah sudah", aku mengomel dalam hati, tiba-tiba sekali lagi hentakkan yang kuat kelantai "Dum" bunyi seperti benda keras di hentakkan di lantai tapi bunyinya seperti tidak terlalu kuat dan tidak teralu perlahan bunyi hentakan dilantai tu. Seperti orang yang geram tapi menahan dari marah kerana barang di hentaknya mungkin berharga. Aku beranikan diri untuk bergerak kepintu bilik, secara tiba-tiba aku terdengar bebelan berkenaan dengan " Internet". Baru aku sedari yang bergerak tadi hanyalah Rudy yang baru pulang ke rumah selepas seharian keluar, aku terus membuka lampu, dalam hati ku amatlah bersyukur kerana itu bukan lah orang lain, aku bertanya kepada rudy apa yang terjadi, dengan nada yang marah dia membalas " Entah la aku, bengong punya kedai internet lembab nak mampus, pergi Biriyani internet lembab pergi Bawah Pokok pun lembab, bengong punya TM. " Aku tidak mampu berkata apa aku cuma mampu ketawa sahaja kerana, ternyata apa yang aku sangkakan selama sehari ini adalah benar di mana dia mesti akan pergi ke 2 kedai restoran tersebut. Aku bertanya kepada dia " Rudy, hang makan dah ka?? aku lapar ni xnak g makan ke?? " Dia yang sedang sibuk memasang komputer ribanya seraya berkata " Tak nak la aku, aku tak ada selera nak makan ko pergi la makan". Aku bergerak kebilik, malas aku nak meganggu orang dalam unstable mood. 

Kerana aku berasa malas hendak keluar makan di luar selepas aku bersembang dengan Rudy aku terus mencapai dua bungkus maggie dan terus memasak. Selesai semangkuk maggie aku terlentang kekenyangan, mata aku terpandang jam dinding sekali lagi jam sudah menujukkan pukul 12.30 malam, Rudy mula menghilang ke alam lain, bunyi dengkurannya boleh didengari di dalam bilik aku. Kedengaran bunyi kereta pawi masuk ke garaj rumah. Seperti biasa Pawi masuk ke rumah memberi salam terus datang ke bilik aku melepak sekejap sebelum dia beragkat kebiliknya untuk menukar baju dan mandi

Jam 1 pagi aku merasa sangat mengantok,aku seperti terawang awangan di antara alam sedar dan tidak sedar, aku melawan rasa megantuk kerana cerita yang sedang bermain di komputer riba aku amat menarik, dan aku memang akan habiskan cerita yang aku tonton sebelum aku tidur. Tengah melawan mata "DUM!!!! DUM!!" kedengaran bunyi seperti orang jatuh di atas bumbung dua kali bunyinya dan terus senyap aku dalam mengatuk tersentak degan bunyi itu aku terus bergerak keluar, ingin mencari kepastian, Pawi yang belum tidur juga keluar ke halaman rumah untuk melihat apa yang terjadi. Aku terpingga-pingga, di luar tersangat meriah, ada yang bersebang di atas moto, ada yang duduk di kerusi depan rumah, meriah ramai, tapi tak da siapa yang menendahkan aku, seperti masing-masing tidak mendengar apa-apa, bila aku bertanya secara rawak " Abang dengar tak bunyi apa tadi? " tak ada yang membalas, kemudian tiba-tiba selang 5 buah rumah bersuara, "adik bunyi apa tadi dik?? ada orang jatuh ke??" tanya dia, aku dengan pawi berpandangan sesama kami, "Tak tahu la bang bunyi macam benda jatuh tengok atas atap xda apa plak pecah!" Jawab aku kepada abg yang bertanya. Hairannya aku tak dapat melihat manusia yang bertanya cuma aku kendegaran sahaja seperti suara tersebut selang dari 5 buah rumah. Dalam kebingugan aku bertanya Pawii " Pawi aku sebenarnya tak sedap hati ni jom g ambik amir jap", Pawi tanpa berkata banyak terus mengambil kunci kereta dan terus menutup pintu dan pagar rumah.

Mujur Amir belum lagi tidur, kami bertiga bergerak ke lumut, aku menceritakan apa terjadi kepada amir, Pawi pun menceritakan apakah yang terjadi, Amir tercengang dan terus berdiam. Pukul 6 pagi baru kami bergerak pulang. Sesampai di rumah aku beru perasaan yang Rudy masih lagi tidur dari tadi. Aku yang penat terus terlelap. ESoknya aku menceritakan apa yang terjadi dekat semua. Rudy marah kerana kami meninggalkan dia berseorang malam tu. Aku dan Pawi hanya mampu ketawa besar. 

Sekian Kisahnya, sesiapa yang pernah di ganggu seperti tu minta tolong beri penjelasan kepada saya, kerana apa yang saya dapat dari buah mulut orang, katanya, langsuir atau pun pontianak segaja menyakat dengan  cara menjatuhkan badannya ke atap rumah, dia berkedaan seperti baring dan dia akan terus menjatuhkan badanya di dalam keadaan seperti itu. Ada juga yang mengatakan bahawa berkemungkinan ada yang mencuba ilmunya di kala malam bulan megambang, aku tidak menyiakan kata-kata orang tersebut, tapi memang malam tersebut aku melihat kelangit, langit berawan agak gelap tetapi bulan boleh kelihatan dengan jelas megambang penuh, dan awan sekitar bulan sahaja tidak di tutup oleh awan. Wallahualam.

Ini hanyalah penceritaan berdasarkan pengalaman yang mana akusendiri lalui, jika da kekilafan dan silap minta di maafkan yer.

Terima Kasih, sekian kisah Rumah Sewa Dinding, Lumut Port.